Isnin, 17 Mac 2014

MISI PENCARIAN MH370 KINI SUDAH MEMASUKI HARI KE-11

Lima Landasan Dalam Simulator
Penerbangan Kapten MH370 Disiasat

Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

Pakar turut kaji simulator mod pengendalian penerbangan cara elak pesawat dikesan. Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan