Rabu, 19 Mac 2014

 
 
Liputan terkini CNN memberi gambaran seolah-olah kerajaan BN cuba mengaitkan kapten MH370 dengan Anwar Ibrahim. Dalam liputan yang saya link disini, Anwar juga tuduhan yang sama.
 
Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, mengecam sekeras-kerasnya usaha untuk mengaitkan BN dengan teori motif politik oleh kapten peswat MH370.
 
BN tidak pernah membuat kaitan politik antara Kapten Zaharie dan PKR walaupun sudah diketahui umum beliau menyokong PKR sepertimana didedahkan oleh Sivarasa sendiri.
 
Yang sensasikan perkara ini akhbar UK, Daily Mail, sepertimana gambar dibawah. Takkan itu pun salah BN-UMNO? Anwar kata maklumat mengenai kecenderungan politik Kapten Zaharie dibocor oleh BN. Hello? Sivarasa yang dedahkan perkara itu dalam tweet beliau dua hari selepas insiden berlaku!
 
Tak kiralah politik beliau, BN menghormati perasaan keluarga Kapten Zaharie. Kita tak pernah kaitkan apa-apa motif politik pada beliau.
 
Yang mengambil kesempatan berpolitik sekarang bukannya BN, tetapi Anwar yang sentiasa cuba menjadi mangsa atau 'victim'.
 
Cukuplah, Anwar. Tak perlulah spin dan fitnah. Kamu sebenarnya yang tidak menghormati Kapten Zaharie dengan spin ynag cukup tidak bertanggungjawab ini.
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan