Ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau adalah individu yang paling layak
untuk menjawab persoalan berhubung kehilangan misteri pesawat Malaysia
Airlines, MH370 berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana
pemimpin nombor satu negara itu takut untuk berdepan dengan pertanyaan daripada
media antarabangsa.
Ketua Umum PKR itu
menegaskan, kehilangan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac
lalu melihatkan keupayaan sebenar kepimpinan negara dalam menguruskan krisis
sedemikian, yang dianggapnya sebagai "lemah dan tidak tegas".
"Tapi ada hikmah
semuanya ... apa hikmahnya, kita sekarang mengatakan pengurusan negara,
kepimpinan ini diuji semasa ada ujian, kebolehan dan keterampilan diuji semasa
ada krisis. Itu cabarannya.
Sumber (maklumat lebih lanjut) : themalaysianinsider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan